Sekarang kalau kita tonton tv,kebanyakan cerita adalah adaptasi novel,betul tak??Betullah...
Ada yg best,tak best, terlampau best,yang tak best langsung pun ada.Nanti aku bagi contoh. Just nak share dengan kau orang semua je,bukan nak kritik semata-mata ok.
1st,novel Bicara Hati yg didramakan pun 'Bicara Hati'. Tapi sedih sangat dengan adaptasinya,nak2 part editingnya memang hancur la..Ade yg cakap sebab bajet ciput,kalau ye pun takkan sampai hancur lebur editingnye...huhuhu..
ke
Tak tau nak cakap ape bila tengok 'adaptasi longgar' novel BH ni, terkilan sangat.Mula2 tonton macam best & excited sangat.
Tapi ep. 1 pun dah macam siput sedut,alahai tak sanggup nak tengok terus tukar channel tengok 'Vanila Coklat'.Hambek!!
2nd, Gemersik Kalbu.Drama ni so-so la, sederhana je. Takde la sampai 'jahanam' macam novel BH. Oppsss!!Aku pun tergoda kot dengan lakonan Aqasha a.k.a Sufian...hik3~
ke
Hemmm,montajnya pun ok,so-so jugak. Pelakon tak fresh takpe,asalkan flow cerita tu janji best.Lakonan Ayu Raudah pon not bad. Dieorang pun macam jaga batas sikit kan??Contohnya takde overacting macam peluk,just landing on the shoulder je..
Ok move through to drama yang orang kata best sangat2,huh!Aku pun tak tau ape yang best sangat. 'Nora Elena'. Pada aku,novel 'Kasih Yang Suci' adalah novel ke-2 paling best selepas BH. Tapi bila didramakan, upgrade sikit dari BH sebab editingnya takde la hancur,cuma flow ceritanya lahai~~~selowww jugak.Drama ni pun aku tak follow sangat.Tengok pon macam takde perasaan.Sorry fans AA & SS..**haha lllarrikkkkk!!!
ke
Sedangkan novelnya aku dah khatam berkati-kati dah,haha..
tp still tak feel bila tengok drama 'NE'. Part Nora marah Seth bila dapat tau suami dia sendiri adalah sejarah hitamnya,aduhai lama gile part tu,Seth pulak macam tunggul kayu je...
Ok2,tak kutuk dah,move to drama 'Cinta Buat Emelda' adaptasi novel 'Kasih Antara Kita'. Tak terkata bila tengok cerita ni sebab buat penonton tertunggu2.Miss 1 ep kompem takkan paham sebab banyak jugak la flashback..huhuhu..tp aku suka. Dua2 hero & heroinnya tak fresh,tapi their acting,huh mantap sampai aku pun dah 'tersangkut' dgn Si Fizo Omar a.k.a Aril Fatah. Lain benar lakonannya kali ni...
from
Novelnya aku belum baca,tapi firasat aku mengatakan dramanya
lagi mantop dari novelnya.
Flow cerita,editing,background,..semualah best!!
Sampai aku gegeh create twitter semata-mata kerana Dia..
Oklah,rumusanya,sebenarnya bukan bergantung kepada novelnya best ke tak best.Tapi adaptasinya tu penting.Tak kisah la longgar ke tak, tp biar best la kan.Nak lari terus dari novel pon takpe janji BEST!!!!
Team production pun memainkan peranan yang penting tau, kalau dak, tak terhasillah drama yang sehebat CBE..eh...???..hehe,CBE is the best drama for me..^__*
OK bye..


.jpg)
.jpg)
.jpg)


No comments:
Post a Comment